on
24 Jam Yang Pendek
Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi, sambil baring, sambil mata terkebil kebil memandang kipas yang ligat berpusing. Suhu di sebelah pagi agak sejuk, selimut ditarik meliputi seluruh tubuh, memberikan sedikit kehangatan. Terasa agak selesa dalam keadaan begitu, rasa nak tidur semula.
“Nasiblah hari ini hari sabtu” hati mulai berbicara.
Kepala terasa pening dan badan terasa letih dan lemas. Badan tak berapa sihat. Sendi terasa sengal, seolah-olah tulang belakang ini dah lama tak diservis.
Mungkin stress dengan kerja dan kitaran tidur yg tak berapa menentu. Yalah, sejak “Work From Home” ni ada saja yang tak betul.
Semenjak dua menjak ni juga, dah jadi macam pegawai KKM yg tak diiktiraf. Siap explain SOP Covid, siap explain pasal Vaksin, pastu gaduh dengan antivaxx lagi dalam telefon.
Pastu ada pula yang nak komplen kenapa tak boleh hantar org dtg ke rumah untuk service. kadang rasa fed up dengan orang yang macam ni. Dunia dalam keadaan darurat, tapi dia masih nak ikutkan kehendak sendiri.
Diorang ni tak faham ke, yang buat SOP ni adalah kerajaan, untuk menangani menularnya penyakit covid ni. Diorang pula nak gaduh dengan aku. Sabar jela.
Lepas tu sebelah petang pula, bos asyik tanya “apa productivity hari ini”?

Kadang terfikir, macamana ada ramai orang di luar sana terlalu santai sepanjang lockdown. Terlalu santai siap ada masa buat dalgona kopi, ambik kursus online atau belajar masak. Aku? Aku habiskan masa memikirkan jawapan untuk “evening assembly” bos setiap hari. Ramai yang tak tahu, tapi itulah realiti yang perlu dihadapi setiap hari.
Aku berusaha untuk tidur semula, tapi dah sejam masih tak boleh nak tidur. “celaka, apahal dah tak boleh nak tidur ni. Dah la badan tak berapa nak sihat”. getus hati kecilku.
Jam menunjukkan 9.30 pagi. Perut terasa lapar.
Perlahan lahan menggagahkan diri ke dapur untuk sediakan sedikit makanan untuk dimakan. Teringat pula dalam peti sejuk tu dah kosong. Ikan dah habis, ayam dah habis, daging dah habis. Yang ada tinggal 1 bekas ais krim vanila. Takan la nak dinner nanti makan ais krim saja. Terfikir sejenak.
“Hmm xpela, harini hari sabtu, keluarlah sekejap untuk beli barang makanan. Petang nanti boleh la berehat.
Siap beli sedikit barang makanan, jam dah menunjukkan pukul 12 tengah hari. balik rumah, dalam keadaan lesu dan lapar, siapkan pula makan tengahari. Bersihkan barang makanan basah yg baru dibeli sebentar tadi dan asingkan dalam bekas untuk sedia dimasak bila perlu.
Selesai semua, jam dah pukul 2.00 petang.
Wow dah lama juga buat benda ni semua, tapi takpelah demi keselesaan hidup selepas ni kan.
Memandangkan perut dah berkeroncong, makanan yg disiapkn tadi dijamah dengan lahap. yalah, perut dah lapar seperti dah sebulan tak makan. Lantak la, bukan ada org lain yg tengok pun.
Selesai makan, baru nak berehat tengok pula keadaan rumah yg bersepah dan berpasir, teringat pula kali terakhir vacuum rumah minggu lepas. ah sudah.
Selepas berehat seketika, dicapai pula vacuum midea dan mula la bersihkan rumah.
Yala, “duduk seorang” tak ada siapa yg nak diharap untuk buat semua itu. so buat je la.
Selepas dah bersihkan semua tu, tengok jam dah nak dekat pukul 5.00 petang. hmmm boleh la berehat sekejap lagi sebelum siapkan makan malam pula.
Hari berakhir 3-4 jam kemudian bila masuk tidur untuk menghadap hari esok.
Letih yang terkumpul, stress yang membelengu tak habis lagi, dah bersedia untuk menghadap hari esok yang penuh misteri.
Esoknya dah hari ahad, pejam celik dah berakhir 24 jam dan bermula semula hari isnin yang ditunggu tunggu.